Rumah Kami

Rumah Kami

Wednesday, April 13, 2011

Muhammad Aryan Haziq

Salam

Untuk entry pertama blog ni, mari kita berkenalan dulu dengan orang yang bakal menjadi topik penting untuk kebanyakan post. Tak lain tak bukan, anak lelaki kami yang hensem Muhammad Aryan Haziq. Lebih seronok memperbanyakkan cerita mengenai si comel ni berbanding cerita Ibu dan Abah kan. Tapi sesekali Ibu dan Abah akan menyelit jugak. Tapi kebanyakannya Ibu dan Abah akan jadi orang di sebalik tabir je la ye. Tukang karang cerita merangkap tukang karut untuk blog ni.



Antara soalan yang selalu kita dengar bila kita dah dapat baby:

1. Siapa nama baby?
Muhammad Aryan Haziq

2. Apa makna?
Muhammad: Yang Terpuji
Aryan: Kekuatanku
Haziq: Cerdik Pandai

3. Siapa yang bagi nama?
Kebanyakannya Ibu yang cari nama, then propose kat Abah. Seminggu sebelum baby keluar baru decide nak letak nama apa, sebab last scan mmg confirm boy. Ibu pilih "Aryan", Abah pilih "Haziq"

4. Cari nama di mana?
Laman web Nama-nama Islam. Pilih nama yang sedap-sedap dan membawa makna yang baik, baru gabungkan yang mana sesuai.

5. Kenapa letak nama tu?
Muhammad: Berharap agar bayi yang lahir mewarisi sifat-sifat terpuji Junjungan Besar nabi Muhammad s.a.w. Mencontohi perilaku Baginda dan memperjuangkan agama.

Aryan: Bermaksud Kekuatanku. banyak kisah sebenarnya. Jadi diringkaskan sejak dari dalam perut lagi baby ni banyak memberi semangat dan ketabahan kepada Ibu dan Abah. Dugaan semasa mengandung memang banyak contohnya Abah 2x kemalangan sampai yg ke 2 tu terpaksa masuk OT, Ibu masuk hospital buat kali pertama disebabkan kes bleeding pada 20 Ramadhan 1431=30 Ogos 2010 pada masa tu kandungan baru berusia 5 bulan, then pada hari raya haji tahun yang sama pun dimasukkan ke wad sebab baby tak aktif, tak ketinggalan juga dugaan dari keje sihir akibat hasad dengki manusia sampaikan berubat di Darulshifa.

Haziq: Semoga baby yang lahir cerdik menilai kebaikan dan keburukan di dalam permainan duniawi, pandai menjaga maruah diri, Ibu Abah, keluarga dan agama.

6. Kontroversi?
Pada asalnya tak nak letakkan pangkal nama "Muhammad" disebabkan kesian nanti baby kena menulis nama panjang bila sekolah. Tapi lepas kena se"das" dari Tokwan baby "Nak kesian kat dunia ke kat akhirat"? Terkesima sekejap, then terus setuju! Makanya rasmi nama baby dalm surat beranak dan MyKid- Muhammad Aryan Haziq bin Muhd Nor Hazli.

1 comment: