Rumah Kami

Rumah Kami
Showing posts with label gigi susu. Show all posts
Showing posts with label gigi susu. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Muhammad Aryan haziq-8 bulan (belated)

First of all HAPPY 9 MONTH SAYANG. Maaf sangat Ibu tak sempat nak update tentang perkembangan 8 bulan Aryan awal-awal. Sebulan berpuasa kelam-kabut dengan macam-macam benda. Aryan demam panas, pastu giliran Ibu then pass semula ke Aryan.huhu.. Mujur abah sihat, boleh jaga kita berdua. Sian Abah, kelam kabut jugak dibuatnya. We love Abah soooo much.. Pastu bz habiskan silibus dan kelas ganti akibat demam aritu sebelum student Ibu amik final exam. So arini, Ibu bayar hutang curi-curi update blog sambil tanda jawapan student.


~~~Perkembangan 1~~~


Hari terakhir Aryan sebelum berginjak ke 9 bulan, Aryan kena nebulize.
Kisahnya Khamis 8 sep Aryan start selesema
Amik Aryan dari umah pengasuh petang tu, Acik cakap Aryan dah batuk
Sabtu malam Ahad Aryan start tak boleh tido
Meragam, merengek dan susah nafas
Dada berombak
Ahad pagi Ibu dan Abah bawak gi klinik
Dr kata Aryan kena mild asma
Erk.. first time kami tau Aryan ada asma
Genetically inherited from Abah
Sangat anak abah
Dr tanya pasal pemakanan Aryan
So Ibu cakap Aryan tak start makan telur or kekacang lagi
So far Ayam, daging, bayam, carrot, ikan bilis semua serasi dengan Aryan
Mungkin disebabkan cuaca sekarang yang "kurang sihat"
Jerebu je memanjang
Aryan terkena tempiasnya
Cian anak Ibu meraung-raung masa nebulized
Mujur akhirnya Ibu teringat nak tunjukkan video "Incy Wincy Spider"
Aryan memberikan kerjasama yang baik pastu sambil tgk video
Alhamdulillah


~~~Perkembangan 2~~~

Dah pandai tengok2 mimik muka di cermin, pusing muka kiri, kanan, atas bawah, berdiri tegak-tegak then...

Senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm


~~~Perkembangan 3~~~


Dah tak mandi dalam sinki lagi, sebab Aryan akan berdiri tegak bila kena air then berpaut pada Ibu.huhu.. habis basah baju Ibu dibuatnya, pastu kena lap lantai sebab banyak air terpercik. Jadinya kembali semula ke zaman mandi dalam besen. Senang jugak mandi dalam besen sebab Aryan dah pandai duduk tegak tapi dengan syarat mesti air suam. Kalo tak, Aryan akan cepat-cepat cuba merangkak keluar. Owh..tambah satu lagi, umpan barang mainan. Seronok bukan main dia tepuk-tepuk2 air, sengih-sengih sambil gigit peguin dan mulut pun bising ntah cakap apa.


~~~Perkembangan 4~~~

Dah ada 8 batang gigi
4 batang sebelah atas
4 batang sebelah bawah


~~~Perkembangan 5~~~

Suke buat aksi dan tak reti duduk diam
Suke jerit dengan nyaringnya!!!!!
Gelak-gelak waiter kat Kenny Rogers tu
Bila pesanan sampai, Aryan tepuk-tepuk meja sebab happy tengok makan
Then jerit lagi minta di suap
Ibu bagi mashed potato
Tapi Aryan buat muka pelik dan buat gaya-gaya nak muntah
Ingatkan mashed potato KFC aritu dan mashed potato yang Ibu buat aritu tak sedap
Rupanya Aryan memang tak suka makanan lembik-lembik dan hancur lumat macam tu
Akhirnya Aryan makan buah tembikai je



~~~Perkembangan 6~~~

Belajar panjat anak tangga mainan kat MFC.. Mula-mula cuba, takut-takut juga, tapi akhirnya dapat 4 anak tangga dipanjat Aryan hari tu.. sengih memanjang...


~~~Perkembangan 7~~~

Berdiri tegak dan cuba panjat pagar memisahkan dapur dan ruang depan. Selalunya akan buat aksi macam ni sambil goncang-goncang pagar bila Ibu memasak di dapur. Penah jugak buat cubaan masukkan kaki celah pagar tu, pastu menjerit marah sebab kaki je boleh lepas.. heheh.. Aryan..Aryan..

Kalo Aryan Haziq cerdik pandai, Ibu lagi bijak tau..hihi

Hugs and Kisses,
Ibu

Tuesday, July 26, 2011

Aryan dan Gigi lagi

Aryan dah ada gigi seawal usia 4bulan setengah. Boleh baca kisah Aryan dan gigi pertama di sini.
Tu perihal gigi bawah Aryan la.

Gambar kat bawah ni mengenai gigi atas Aryan pulak. Ada dua batang jugak gigi yang baru keluar. Satu tu dah nampak jelas sebab dah panjang sket.Satu lagi, macam baru keluar melepasi gusi. Dua-dua gigi tu tumbuh masa Aryan berumur 6 bulan ++.


Semalam masa ibu main-main dan timang-timang Aryan, Ibu terperasan ada satu batang gigi lagi nak keluar di sebelah atas jugak. Gigi ke-5 kuar masa Aryan berusia 7 bulan++..hahaha.. Apa lagi, menjerit kesukaan la Ibu bila dapat tau gigi Aryan makin bertambah. Meriah betul! Patut la air liur tak surut-surut jugak pas makan nasi kandar. Mungkinkah sebab gigi yang nak keluar ni atau pun bubur lambuk Kampung Baru belum dapat lagi?hihi..

Pas ni Aryan kena la rajin-rajin gosok gigi. Biar putih dan bersinar je. Baru la menjadi bertambah manis senyuman Aryan nanti. Nanti kalo gigi ke-5 tu dah panjang sket, Ibu tangkapkan gambar lagi. Aryan janji tak mengamuk bila Ibu paksa buka mulut. Peace!

Hugs and Kisses,
IBU

Tuesday, May 3, 2011

Aryan dan Gigi

@~~~30 April 2011 ~~ 4 bulan ++ ~~ 12 hari menuju 5 bulan~~~@
Masa dalam perjalanan balik kampung sabtu lepas sempena cuti hari pekerja
Aryan 'membebel' dalam kereta
Mungkin dah lenguh dan rimas sebab tak mandi lagi
Ye la, kuar rumah sesudah subuh
Awal sangat la Ibu nak mandikan Aryan kan
Sebab tu la Aryan "melalak" dan nganga mulut luas-luas
Tetiba ibu terperasaan macam ada benda putih-putih dah kat gusi
Ibu rasa tak sedap hati dah
"Ulser ke? Jangan la, kesiannya dia"
Sebab tak puas hati, alih-alih ibu masukkan jari sentuh ke tempat yang nampak putih2 tu
Gigi?? Trus ibu jerit dengan high-pitch " Abah, Aryan dah ada gigi!!! Ya Allah, anak ibu dah ada gigi?" Ibu terus cium Aryan banyak kali
Aryan pulak tengok ibu dengan muka blur
Sebab tak puas hati Ibu dah tengok gigi Aryan
Abah terus singgah di RnR Sungai Perak sebab nak tangkap gambar gigi Aryan punya pasal
Serius memang Ibu dan Abah tak sedar bila Aryan ada gigi
Seingat Ibu, Aryan tak demam, tak menangis, tak merengek, tak memerap
Sebab tu Ibu tak perasan langsung gigi Aryan dah tumbuh
Cumanya Aryan memang lately suka gigit jari, kalo boleh masukkan 5 jari sekali dalam mulut
Gigit tudung Ibu, hisap baju, tepi toto, gigit puting
Ingat itu rutin biasa bagi seorang bayi seumur Aryan
Tapi bila flash back balik 2 minggu lepas Aryan memang ada selsema
Mungkinkah itu tanda2 budak nak tumbuh gigi? Hrmm..
Alhamdulillah Ibu dan Abah bersyukur sangat
Dapat anak sebaik Aryan
Tak banyak ragam, gembira sentiasa
Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Hero kami ni
Walaupun Ibu tak sempat nak bagi potongan epal
Untuk Aryan hisap sebab Aryan belum umur 6 bulan
Tapi takpe, Ibu akan tunggu sebulan lagi
Nak masakkan bubur resepi penuh kasih sayang untuk makanan pertama Aryan.
Membesar dengan sihat ye sayang
We both love you.