Rumah Kami

Rumah Kami

Monday, September 12, 2011

Hai kawan!

WELCOME TO THE WORLD
NURDAMIA DAHIYAH
MAKSUDNYA
CAHAYA KEBIJAKAN PINTAR
KELAHIRAN SECARA NORMAL PADA 10 SEPTEMBER 2011
BERAT SEMASA LAHIR 2.56KG
TAHNIAH MAK NGAH AWIN DAN PAK NGAH RIZALSANNY



DAMIA HARI PERTAMA



DAMIA HARI KE 2

Selamat Hari Raya Eidulfitri 1432H

Ni la baju raya Aryan
Cantik tak?
Masa Mama Liz gi amik baju, Mama Liz cite
Bising Uncle Tailor Sungei Wang tu sebab baju aryan comel sangat
Tak tahu nak mula jahit bahagian mana dulu

Ramai cakap Aryan hensem pakai baju melayu ni
Pastu pakai kopiah lagi
Ikutkan Ibu nak pakaikan songkok
Tapi takde saiz untuk kepala Aryan ni
Untuk raya tahun ni Aryan makan nasi impit yang Opah masak je
Rendang, kauh kacang, kuah lodeh, lemang semua tak boleh lagi
Masih tak sesuai untuk perut, usus dan buah pinggang Aryan yang come-lote ni

Untuk raya kali ni
Aryan ada dekat 20 pasang baju
Banyak kan!!!!
Ada yang Abah dan Ibu beli
Selebihnya hadiah dari Opah, Mama Liz, Tok Dah, Pah Nyah, Pah Wan, Pah Cik, Mak dan Aicho
Ibu jeles je sebab Aryan kerap tukar baju raya setiap hari
Terima kasih semua sudi hadiahkan baju untuk Aryan
Aryan sayang semua!!!

Dari segi kutipan duit raya
Banyak jugak hasil keuntungan Aryan kali ni
Memandangkan Aryan dah pandai pegang
Stiap kali orang bagi, Aryan amik sendiri sampul
Then masuk dalam mulut
Gigit-gigit dan bagi kena air liur
Sebagai tanda sampul tu Aryan punya

Ermm..itu je la kot
Ingat apa-apa lagi
Nanti Ibu update ye

Hugs and Kisses,
IBU

Muhammad Aryan haziq-8 bulan (belated)

First of all HAPPY 9 MONTH SAYANG. Maaf sangat Ibu tak sempat nak update tentang perkembangan 8 bulan Aryan awal-awal. Sebulan berpuasa kelam-kabut dengan macam-macam benda. Aryan demam panas, pastu giliran Ibu then pass semula ke Aryan.huhu.. Mujur abah sihat, boleh jaga kita berdua. Sian Abah, kelam kabut jugak dibuatnya. We love Abah soooo much.. Pastu bz habiskan silibus dan kelas ganti akibat demam aritu sebelum student Ibu amik final exam. So arini, Ibu bayar hutang curi-curi update blog sambil tanda jawapan student.


~~~Perkembangan 1~~~


Hari terakhir Aryan sebelum berginjak ke 9 bulan, Aryan kena nebulize.
Kisahnya Khamis 8 sep Aryan start selesema
Amik Aryan dari umah pengasuh petang tu, Acik cakap Aryan dah batuk
Sabtu malam Ahad Aryan start tak boleh tido
Meragam, merengek dan susah nafas
Dada berombak
Ahad pagi Ibu dan Abah bawak gi klinik
Dr kata Aryan kena mild asma
Erk.. first time kami tau Aryan ada asma
Genetically inherited from Abah
Sangat anak abah
Dr tanya pasal pemakanan Aryan
So Ibu cakap Aryan tak start makan telur or kekacang lagi
So far Ayam, daging, bayam, carrot, ikan bilis semua serasi dengan Aryan
Mungkin disebabkan cuaca sekarang yang "kurang sihat"
Jerebu je memanjang
Aryan terkena tempiasnya
Cian anak Ibu meraung-raung masa nebulized
Mujur akhirnya Ibu teringat nak tunjukkan video "Incy Wincy Spider"
Aryan memberikan kerjasama yang baik pastu sambil tgk video
Alhamdulillah


~~~Perkembangan 2~~~

Dah pandai tengok2 mimik muka di cermin, pusing muka kiri, kanan, atas bawah, berdiri tegak-tegak then...

Senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm


~~~Perkembangan 3~~~


Dah tak mandi dalam sinki lagi, sebab Aryan akan berdiri tegak bila kena air then berpaut pada Ibu.huhu.. habis basah baju Ibu dibuatnya, pastu kena lap lantai sebab banyak air terpercik. Jadinya kembali semula ke zaman mandi dalam besen. Senang jugak mandi dalam besen sebab Aryan dah pandai duduk tegak tapi dengan syarat mesti air suam. Kalo tak, Aryan akan cepat-cepat cuba merangkak keluar. Owh..tambah satu lagi, umpan barang mainan. Seronok bukan main dia tepuk-tepuk2 air, sengih-sengih sambil gigit peguin dan mulut pun bising ntah cakap apa.


~~~Perkembangan 4~~~

Dah ada 8 batang gigi
4 batang sebelah atas
4 batang sebelah bawah


~~~Perkembangan 5~~~

Suke buat aksi dan tak reti duduk diam
Suke jerit dengan nyaringnya!!!!!
Gelak-gelak waiter kat Kenny Rogers tu
Bila pesanan sampai, Aryan tepuk-tepuk meja sebab happy tengok makan
Then jerit lagi minta di suap
Ibu bagi mashed potato
Tapi Aryan buat muka pelik dan buat gaya-gaya nak muntah
Ingatkan mashed potato KFC aritu dan mashed potato yang Ibu buat aritu tak sedap
Rupanya Aryan memang tak suka makanan lembik-lembik dan hancur lumat macam tu
Akhirnya Aryan makan buah tembikai je



~~~Perkembangan 6~~~

Belajar panjat anak tangga mainan kat MFC.. Mula-mula cuba, takut-takut juga, tapi akhirnya dapat 4 anak tangga dipanjat Aryan hari tu.. sengih memanjang...


~~~Perkembangan 7~~~

Berdiri tegak dan cuba panjat pagar memisahkan dapur dan ruang depan. Selalunya akan buat aksi macam ni sambil goncang-goncang pagar bila Ibu memasak di dapur. Penah jugak buat cubaan masukkan kaki celah pagar tu, pastu menjerit marah sebab kaki je boleh lepas.. heheh.. Aryan..Aryan..

Kalo Aryan Haziq cerdik pandai, Ibu lagi bijak tau..hihi

Hugs and Kisses,
Ibu