Rumah Kami

Rumah Kami

Tuesday, July 26, 2011

Aryan dan Gigi lagi

Aryan dah ada gigi seawal usia 4bulan setengah. Boleh baca kisah Aryan dan gigi pertama di sini.
Tu perihal gigi bawah Aryan la.

Gambar kat bawah ni mengenai gigi atas Aryan pulak. Ada dua batang jugak gigi yang baru keluar. Satu tu dah nampak jelas sebab dah panjang sket.Satu lagi, macam baru keluar melepasi gusi. Dua-dua gigi tu tumbuh masa Aryan berumur 6 bulan ++.


Semalam masa ibu main-main dan timang-timang Aryan, Ibu terperasan ada satu batang gigi lagi nak keluar di sebelah atas jugak. Gigi ke-5 kuar masa Aryan berusia 7 bulan++..hahaha.. Apa lagi, menjerit kesukaan la Ibu bila dapat tau gigi Aryan makin bertambah. Meriah betul! Patut la air liur tak surut-surut jugak pas makan nasi kandar. Mungkinkah sebab gigi yang nak keluar ni atau pun bubur lambuk Kampung Baru belum dapat lagi?hihi..

Pas ni Aryan kena la rajin-rajin gosok gigi. Biar putih dan bersinar je. Baru la menjadi bertambah manis senyuman Aryan nanti. Nanti kalo gigi ke-5 tu dah panjang sket, Ibu tangkapkan gambar lagi. Aryan janji tak mengamuk bila Ibu paksa buka mulut. Peace!

Hugs and Kisses,
IBU

Monday, July 25, 2011

Balik Kampung

Aryan balik kampung 2 minggu lepas
Lama betul Aryan tak jumpa orang-orang kat Taiping
Atok, Opah, Tok Wan, Pah Cik, Tok Wan Cik, Tok Su, Nek Su, Tok Dah, Pah Nyah, Pah Wah,
Mama Liz, Makngah, Pak Ngah, Acik Mimi, Acu,
Angah Ila, Acik Nina, Acu Zana,
Makgah Aqis, Mak Teh Anis, Mak Teh Sofia, Acik Syira
Ramai lagi la sedara -sedara Aryan yang lain
Ibu dan Abah pun siap cuti hari Jumaat dan Isnin
Sebab Sabtu Ada kenduri Arwah Nenek sebelah Ibu
Aryan pun tak sempat jumpa Arwah Nenek
Sebab arwah nenek meninggal masa Ibu berusia 14 tahun
Waktu tu Ibu pun tak kawen lagi dengan Abah
Tapi Ibu cerita
Arwah nenek Aryan tu baik hati, penyayang dan cantik juga orangnya
Kalo tak takkan la Ibu Aryan pun cantik kan (^__")
Ape-ape pun Aryan akan doakan arwah nenek aman di sana
Al-Fatihah untuk arwah nenek

Selain kenduri, ada aktiviti lain jugak yang Aryan buat di Taiping
Buat pertama kali Abah bawak Aryan jalan-jalan depan Taiping Jaya
Sebab nak bawak Aryan ke kedai untuk ukur baju
Tahun ni InsyaAllah Aryan akan sedondon dengan Abah
Pakai baju melayu dan songkok
Eh..Ada ke saiz songkok padan dengan kepala Aryan ni?

Apa yang perlu dibuat bila nak ukur baju?
Sebelum tu kawan-kawan kena mintak Ibu atau Abah peganggkan kawan-kawan supaya boleh berdiri tegak
Jangan banyak gerak atau goyang-goyang
Karang ukuran jadi kurang tepat
Pastu biarkan aje tailor tu amik semua ukuran yang diperlukan
Jangan menangis ye kawan-kawan
Bukan sakit pun macam kena injection setiap bulan
Sekejap je proses tu semua
Yang penting, Aryan enjoy dan berikan kerjasama sepenuhnya
Baru la nanti baju Aryan cantik ukurannya di badan Aryan bila pakai nanti


Kita ukur lebar badan Aryan dulu


Pastu bidang bahu supaya aryan nampak lagi segak dan bergaya

Tak lupa jugak saiz cawat, tak de la sempit sangat bila kena pampers Aryan, susah nak bergerak nanti

Dan tak lupa juga, panjang seluar Aryan..

Adakah Aryan akan pandai berjalan bila raya nanti?
Sekarang ni pun Aryan dan pandai nak berpaut untuk bangun
Takpe, Aryan akan giatkan berlatih supaya jadi mahir

Selain dari tu, Aryan dapat hadiah istimewa jugak dari kampung
Nak tau apa dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
GIGITAN PENUH KASIH SAYANG!!!
Entah serangga apa yang gigit pun Aryan tak tau
Banyak sangat
Ada la dalam 6 bintik-bintik merah
Tambah satu kat kelopak mata sebelah kiri
Langsung nampak sepet mata Aryan
Kurang kecomelan sket
Cepat la sembuh ye bintik-bintik merah
Gatal la, Aryan tak tahan




Hugs and Kisses
Ibu

Wednesday, July 20, 2011

Baaa...Baaa...Baaah

Your baby is learning to recognize emotions and moods, and finding new ways to demonstrate those feeling.




One wonderful example: You might start getting kisses. They may be drooly and gummy at first, but they'll be just as sweet!

When your baby's bored, you may hear a fretful squawk or attention-getting squeal.
credit: Baby Center.
p/s: Aryan gets his mouth! Abaaahh..bahhh...bahhh... continuously. Ibu getting jealous..huhu
Hugs and Kisses,
Ibu

Wednesday, July 13, 2011

First time experience-ERL


Eh...Apa ibu buat kat sini? Aryan tengah tido sedap-sedap ni, tapi bila Ibu pakai cantik-cantik ni, mesti ada program. Mesti nak gi jalan-jalan. So sebab tu Aryan kena tido dulu untuk recharge energy.

Klasik kan gambar ni Ibu yang edit tau. hihi.. Time ni Aryan dah bangun dah, tapi masih monyok lagi. Then tetiba dengan bunyi kuat lalu kat depan Aryan, terus terpinga-pinga. Ape tu? Tak penah nampak pun. Aryan dah bulat mata dah macam Bugsy dalam cite Bed Time Story. Tetiba Ibu tolak masuk dalam train tu. Ibu bagitau Aryan tengah naik ERL skrg. Owh! ERL tu ape ye. Tapi rasa seronok tau, sebab ERL ni laju sangat! Nampak pokok pun berlari jugak Ops! Ada ke pokok berlari?

Aryan tengok Ibu. CHECK! Ada.


Tengok Abah pulak. CHECK! Ada.
Fuh! Lega. Selamat bukan naik ERL sorang-sorang.
Sampai terteleng-teleng kepala Aryan nak buat spotcheck punya pasal.


Ha!!! Mesti dah dapat agak kan Aryan gi mana?
YES, KLIA.
Pegi sebab Ibu teringin nak breakfast sandwich kat food garden, tingkat 2
Sebenarnya dah lama Ibu teringin nak makan sandwich tu
Plannya nak pegi masa gi amik tokwan and makngah balik dari haji 13 Dec 2010
Alih-alih tak jadi sebab Aryan dak keluar sehari awal
Jadinya pas Aryan dah 6 bulan baru Ibu dapat merasa sandwich tu
Pas makan, Ibu dan Abah bawak Aryan ke Anjung Tinjau
Yang mana Aryan boleh tengok banyak kapal terbang kat sana
Macam-macam saiz ada: besar-kecik, setingkat-dua tingkat
Warna putih ada, oren ada, purple pun ada
Macam seronok je kalo naik kapal terbang tu
Bila la agaknya Aryan boleh naik ye?


Lepas dah lama tengok kapal terbang
Ibu dan Abah pun bawak Aryan gi jalan-jalan sekitar KLIA tu
Aryan dapat tengok banyak kaunter
Banyak kawan-kawan yang datang dengan keluarga masing-masing
Ada jugak yang bawak beg besar-besar
Diaorang tu nak pegi mana ye?
Balik rumah kot
Sebab kalo datang jalan-jalan macam Aryan
Mesti la tak bawak beg besar-besar kan
kan? kan?
Eh! ke salah?

Akhir sekali setelah dua jam jalan-jalan kat KLIA
Abah ajak balik
Sebab Aryan dah tak larat nak jalan (walaupun duduk atas stroller)
Abah dukung Aryan pulak. Hooyeiiii!!!
Seronok tau bila Abah dukung, Aryan boleh jadi tinggi,
Takde la terperosok dan duduk senget je atas stroller tu kan
Lenguh bukan main dah punggung dan tulang belakang Aryan ni
Tambah pulak tapakkaki Aryan ni kecil lagi
Memang penat sangat tau
So kawan-kawan
Ajak la Abah dan Ibu pegi KLIA
Seronok..
Lagipun bukan mahal sangat harga tiket ERL dari stesen Putrajaya/Cyberjaya
Tiket dewasa dalam RM 6.20
Kanak-kanak bawah 2 tahun FOC
Nanti bila Aryan dah pandai jalan
Nak ajak gi naik ERL dan ke KLIA lagi
Boleh Aryan praktis berlari pulak kat sana
Seab kawasan KLIA tu sangatttttttttttttttt luas

Till then
Bye..bye


Hugs and Kisses,
IBU.

Tuesday, July 12, 2011

Aryan's Stuff

Aryan: Vroom..vroom.. jom jalan
Sporty Tolocar RM 61.75 (My Dear Warehouse Sale 30/6-10/7 2011)

Aryan: Macam mana nak gi dapur ni?
Safety Gate RM 103 (My Dear Warehouse Sale 30/6-10/7 2011)


Aryan: Abaaaaaaaaaaaaahhhhhhh!
High chair RM 110.20 (My Dear Warehouse Sale 30/6-10/7 2011)


Aryan: Nyum..nyum..Nyum..
Baby walker RM 200 (Sweet Cherry, Manjaku 26/6/2011)



Aryan: I love when get closer with Ibu
Mei Tai RM 88 (Online Manjakuhappy)

Aryan: Mengantuknya...Penat dah jalan-jalan
Stroller at Motherhood Expo Mid Valley May 2011 RM 200

p/s: Thank you very much Abah...

Muhammad Aryan haziq-7 bulan

When I see your face
There's not a thing that i would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for a while
Cause you're amazing
Just the way you are

* Bruno Mars-Just the way you are


Dah pandai menunjukkan minat


Dah pandai bagi respon bila dipanggil


Dah pandai mengusik dan buat muka nakal


ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN MUHAMMAD ARYAN HAZIQ
ALLAH SELAMATKAN KAMU
SELAMAT 7 BULAN ARYAN
PELUK CIUM PENUH KASIH DAN SAYANG DARI ABAH DAN IBU
MEMBESAR DENGAN SIHAT DAN BERJAYA
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT