Rumah Kami

Rumah Kami
Showing posts with label 6 bulan. Show all posts
Showing posts with label 6 bulan. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Aryan dan Gigi lagi

Aryan dah ada gigi seawal usia 4bulan setengah. Boleh baca kisah Aryan dan gigi pertama di sini.
Tu perihal gigi bawah Aryan la.

Gambar kat bawah ni mengenai gigi atas Aryan pulak. Ada dua batang jugak gigi yang baru keluar. Satu tu dah nampak jelas sebab dah panjang sket.Satu lagi, macam baru keluar melepasi gusi. Dua-dua gigi tu tumbuh masa Aryan berumur 6 bulan ++.


Semalam masa ibu main-main dan timang-timang Aryan, Ibu terperasan ada satu batang gigi lagi nak keluar di sebelah atas jugak. Gigi ke-5 kuar masa Aryan berusia 7 bulan++..hahaha.. Apa lagi, menjerit kesukaan la Ibu bila dapat tau gigi Aryan makin bertambah. Meriah betul! Patut la air liur tak surut-surut jugak pas makan nasi kandar. Mungkinkah sebab gigi yang nak keluar ni atau pun bubur lambuk Kampung Baru belum dapat lagi?hihi..

Pas ni Aryan kena la rajin-rajin gosok gigi. Biar putih dan bersinar je. Baru la menjadi bertambah manis senyuman Aryan nanti. Nanti kalo gigi ke-5 tu dah panjang sket, Ibu tangkapkan gambar lagi. Aryan janji tak mengamuk bila Ibu paksa buka mulut. Peace!

Hugs and Kisses,
IBU

Wednesday, July 13, 2011

First time experience-ERL


Eh...Apa ibu buat kat sini? Aryan tengah tido sedap-sedap ni, tapi bila Ibu pakai cantik-cantik ni, mesti ada program. Mesti nak gi jalan-jalan. So sebab tu Aryan kena tido dulu untuk recharge energy.

Klasik kan gambar ni Ibu yang edit tau. hihi.. Time ni Aryan dah bangun dah, tapi masih monyok lagi. Then tetiba dengan bunyi kuat lalu kat depan Aryan, terus terpinga-pinga. Ape tu? Tak penah nampak pun. Aryan dah bulat mata dah macam Bugsy dalam cite Bed Time Story. Tetiba Ibu tolak masuk dalam train tu. Ibu bagitau Aryan tengah naik ERL skrg. Owh! ERL tu ape ye. Tapi rasa seronok tau, sebab ERL ni laju sangat! Nampak pokok pun berlari jugak Ops! Ada ke pokok berlari?

Aryan tengok Ibu. CHECK! Ada.


Tengok Abah pulak. CHECK! Ada.
Fuh! Lega. Selamat bukan naik ERL sorang-sorang.
Sampai terteleng-teleng kepala Aryan nak buat spotcheck punya pasal.


Ha!!! Mesti dah dapat agak kan Aryan gi mana?
YES, KLIA.
Pegi sebab Ibu teringin nak breakfast sandwich kat food garden, tingkat 2
Sebenarnya dah lama Ibu teringin nak makan sandwich tu
Plannya nak pegi masa gi amik tokwan and makngah balik dari haji 13 Dec 2010
Alih-alih tak jadi sebab Aryan dak keluar sehari awal
Jadinya pas Aryan dah 6 bulan baru Ibu dapat merasa sandwich tu
Pas makan, Ibu dan Abah bawak Aryan ke Anjung Tinjau
Yang mana Aryan boleh tengok banyak kapal terbang kat sana
Macam-macam saiz ada: besar-kecik, setingkat-dua tingkat
Warna putih ada, oren ada, purple pun ada
Macam seronok je kalo naik kapal terbang tu
Bila la agaknya Aryan boleh naik ye?


Lepas dah lama tengok kapal terbang
Ibu dan Abah pun bawak Aryan gi jalan-jalan sekitar KLIA tu
Aryan dapat tengok banyak kaunter
Banyak kawan-kawan yang datang dengan keluarga masing-masing
Ada jugak yang bawak beg besar-besar
Diaorang tu nak pegi mana ye?
Balik rumah kot
Sebab kalo datang jalan-jalan macam Aryan
Mesti la tak bawak beg besar-besar kan
kan? kan?
Eh! ke salah?

Akhir sekali setelah dua jam jalan-jalan kat KLIA
Abah ajak balik
Sebab Aryan dah tak larat nak jalan (walaupun duduk atas stroller)
Abah dukung Aryan pulak. Hooyeiiii!!!
Seronok tau bila Abah dukung, Aryan boleh jadi tinggi,
Takde la terperosok dan duduk senget je atas stroller tu kan
Lenguh bukan main dah punggung dan tulang belakang Aryan ni
Tambah pulak tapakkaki Aryan ni kecil lagi
Memang penat sangat tau
So kawan-kawan
Ajak la Abah dan Ibu pegi KLIA
Seronok..
Lagipun bukan mahal sangat harga tiket ERL dari stesen Putrajaya/Cyberjaya
Tiket dewasa dalam RM 6.20
Kanak-kanak bawah 2 tahun FOC
Nanti bila Aryan dah pandai jalan
Nak ajak gi naik ERL dan ke KLIA lagi
Boleh Aryan praktis berlari pulak kat sana
Seab kawasan KLIA tu sangatttttttttttttttt luas

Till then
Bye..bye


Hugs and Kisses,
IBU.

Tuesday, June 28, 2011

Cuti-cuti bersama Abah

Hari cuti bersama Abah
Seronok tau!!!
Ye la, bukan senang Abah tu nak cuti
Plus bukan senang nak dok kat umah bila bercuti
Jadi Aryan amik kesempatan sempena Abah cuti semalam
Dengan cara Aryan kacau Abah tido
Aryan kaco muka Abah
Korek telinga Abah
Panjat badan Abah
Tepuk-tepuk kaki Abah
Tapi Abah tak mau bangun jugak
Akhirnya sebab geram punya pasal
Macam-macam cara dah guna nak suruh Abah bangun
Aryan cekau muka abah pakai kuku Aryan
Abah pun jerit la apa lagi
Kuku Aryan tu kan tajam lain macam je
Padahal kuku Aryan tu pendek je pun
Tu la Abah
Sapa suruh taknak dengar Aryan panggil
Bising dah mulut Aryan ni pot-pet cakap dengan Abah
Ha..buat pengetahuan semua
Aryan memang dah banyak bunyi tau sekarang
Main sorang-sorang, cakap sorang-sorang
Tu belum lagi bila Aryan perasan kena tinggal sorang-sorang
Aryan boleh jerit panggil Ibu
Pastu Ibu pun marah-marah manja kat Aryan
Tapi Aryan sengih je la
Aryan tak kisah je pun kalo nak main sorang-sorang
Tapi jangan sampai Ibu hilang dari pandangan
memang 'nyaring' la suara Aryan nanti
Pandai terlebih la kan Aryan ni
Haisshhh..

Wednesday, June 15, 2011

Aryan's New Skill


Aryan dah pandai duduk sendiri??
Terkejutnya Ibu!
Aryan ni memang suka sangat bagi kejutan
Masa dalam perut dulu seumur 8 bulan Aryan tak banyak gerak
Sampai Ibu kena sambut raya haji di hospital
Pastu dah lahir umur 3 bulan Aryan dah pandai meniarap
Ibu terkejut sebab Aryan tunjuk skill depan Tok dan Opah
Pastu dalam perjalan ke umah Makngah bulan 4 yang lepas
Ibu terkejut sebab Aryan dah tumbuh gigi pulak
Semalam Aryan tunjuk skill baru lagi
Walaupun tak tegak sangat lagi postur badan
Tapi tak kisah la
Janji namanya duduk oooookkkkk
Sapa kata budak badan besar malas gerak dan susah nak bergerak?
Aryan berjaya buktikan kemampuan budak yang dilabel sebagai "Rangka Besar"
Tahniah untuk Aryan

p/s: Ibu dan Abah sayanggggggggggggggggg Aryan sesangat. Membesar dengan sihat dan cergas ye sayang.

Monday, June 13, 2011

Muhammad Aryan Haziq-6 bulan

Hai..Hai..Hai..

Salam semua
Alhamdulillah Aryan dah genap 6 bulan pada 12 Jun lepas
Apa maknanya?
Maknanya Aryan dan boleh makan makanan pejal
Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaa!!! Yippie!
Ibu dah mula awal sehari, 11 Jun
Kebetulan hari sabtu, hari cuti
Mudah untuk ibu sediakan makanan dan suap Aryan
Mudah juga untuk pantau reaksi Aryan pada hari pertama
Alhamdulillah, Ibu masak sangat sedap
Walaupun hanya bubur nasi "O" atau nama yang lebih komersil "puri nasi"
Tapi penuh dengan perasa kasih dan sayang
Aryan kenyang!
Excited tau bila first time sudu "heat sensitif" tu masuk mulut
Rasa macam dah jadi budak besar sangat
Tambah pulak dengan 2 batang gigi yang sedia ada ni
Owh..tak lupa juga
Terima kasih Abah sebab belikan blender yang canggih tu
Jadinya dapat la Aryan makan dengan selesa tanpa perlu kunyah banyak kali
Aryan cuma perlu nganga, pastu telan je
Banyak sudu jugak yang masuk dalam mulut Aryan
Tak lama pastu Aryan buang air besar pulak
Dah macam anak burung
Makan, Buang, Makan, Buang.. hihi (Ini ayat Ibu)
Maknanya usus Aryan tengah adjust-adjust la tu
Tak lama lagi ok la
Itu la pengalaman makan Aryan di hari pertama
Petangnya Ibu dan Abah celebrate makan sefood kat Bagan Lalang
6 bulan jugak Abah dan Ibu 'puasa' makan seafood
Seronok sebab Aryan makan bubur sambil dengar bunyi ombak dan tengok pokok-pokok!!
Lagi seronok sebab Ibu dan Abah ada melayan Aryan.
Kalo boleh, hari-hari mau. hehe..


p/s: Ibu dan Abah doakan Aryan sentiasa membesar dengan bijak, sihat dan cergas