Rumah Kami

Rumah Kami

Friday, April 15, 2011

Budak comel yang buat Ibu geram


Hai semua
Comel tak saya?
Comelkan..comelkan
Ibu kata budak comel ni la yang ibu geram sangat
Bukan geram sebab apa
Geram sebab saya akan kejut Ibu atau Abah awal pagi
Nak tau macam mana saya kejutkan?
Saya akan luruskan kaki, then angkat pelan-pelan hampir ke sudut 90 darjah
Then saya akan hentakkan kaki berulang-ulang ke tilam
Dalam masa yang sama saya akan gerakkan punggung dan tangan serentak
Akhirnya saya melintang kaki ke arah Abah dan Ibu
Pastu saya akan terus menendang sampai salah seorang bangun
Bukan setakat tu saja
Mulut saya pun akan bising menjerit-jerit dengan nyaring
Sampai salah seorang bangun dan duduk menghadap saya
Baru saya diam dan bulatkan mata sambil senyum gembira dan mengekek ketawa
Pastu saya akan depakan tangan dan luruskan kaki
Untuk minta diangkat
Kadang-kadang ibu "bebel" jugak kat saya
Nak tau apa ibu cakap?
" Aryan nak apa? Tidolah. Ibu mengantuk ni"
"Aryan tak kesian kat ibu ye, Ibu dengan Abah mengantuk, esok nak kerja lagi"
"Aryan, kita main esok ye. Malam ni kita tido dulu"
Itu la antara ayat Ibu bila saya bangun malam-malam
Bukan saya tak kesian kat Ibu dan Abah
Saya tau Abah dan Ibu penat
Tak cukup tido, mengantuk, pening kepala bila pegi keja
Tapi apa boleh buat
Saya sebenarnya rindu kat Ibu dan Abah
Nak main, bergelak-gelak bila ibu geletek saya, lawan 'sembang-sembang' dengan Ibu
nak suruh Ibu peluk, nak suruh Ibu dukung, nak suruh ibu cium
Sebab sebelah siang Ibu dan Abah kerja
Hampir maghrib baru Abah dan Ibu ambil saya dari umah pengasuh
Jadi malam je la waktu yang saya sempat nak luangkan masa bersama Ibu dan Abah
Kadang-kadang bila Ibu penat sangat, Ibu buat tak tau je kalo saya 'bising'
Tunggu saya menjerit tahap soprano baru Ibu bangun dengan muka geram
Sambil tu Ibu cubit-cubit manja pipi, hidung lengan dan paha gebu saya
Saya tak kisah, janji ada orang bangun dan temankan saya
Nak tau tak?
Saya dah pandai pusing dan meniarap sendiri
Ibu komen mulut saya bising betul sepanjang saya meniarap tu
Terutama sekali bila saya nak tegakkan kepala
Sekarang ni kadang-kadang bila tido pun saya akan automatik meniarap
Pastu sambung tido semula.
Ibu cakap macam-macam dah akal saya sekarang
Ni baru 4 bulan
Apa lagi la akal baru saya nanti bila dah berumur 5 bulan?
Hrmmmm...

p/s: Ibu love Aryan sooooo much

4 comments:

  1. anak kwn husband kita pun cam aryan gak..da 9 bulan..tiap 2am, dia duk kejut parents dia suh main ngan dia...huhu..nmpknye kt kene bersedia dr skrg la..hehe

    ReplyDelete
  2. Memang kena buat persediaan mental dan fizikal. Kalo tak boleh nangis sebab stress anak taknak tido. Saya dulu awal-awal macam tu. Tiap-tiap bulan jadual tido diaorg berubah.huhu... memang pening kita dibuatnya.So, time pregnant ni sempat lagi nak tido byk dan bermalas-malasan di hujung minggu. Bila dah keluar si comel tu, masa tido kita ikut masa tido dia..

    ReplyDelete
  3. tul tu riza.. mmg dah.. rezeki msing2 la dapat rentak anak tido camne.. kalau dpt yg straight tido sampai ke pagi, bahagianye.. cam annur dulu, kul 5 pulak bru bangun.. mmg lh tido la.. hariz plak kali ni, setiap 2 @ 3 jam bgn, tpi nasib baik pas nyusu, tido balik..

    ReplyDelete
  4. aryan rindu dekat ibu, sebab tu aryan sanggup tido siang supaya leh main2 dgn ibu malam2..ibu dapat pahala, aryan bahagia :D nanti dah besar2 nanti aryan pulak jaga ibu ye..ibu jgn sedih2 tau..
    (dari aryan) :D

    ReplyDelete