Rumah Kami

Rumah Kami

Wednesday, November 30, 2011

Muhammad Aryan haziq-10 bulan (belated) & 11 bulan

Dah dua bulan tak dengar khabar berita kan

Memang banyak cerita pasal Aryan

Tapi mengenangkan ‘tukang cerita’ agak sibuk dengan kerja di ofis- (ps: Ibu la tu)

Makanya Aryan simpan dulu cerita-cerita tu semua

Sekarang Ibu dah ‘bertenang’ sikit

Boleh la kita sambung dengar cerita Ibu ye

Owh..ape ye perkembangan Aryan 10 dan 11 bulan?

1. Aryan suka makan ayam. Ayam goreng, chicken chop, ayam masak halia janji yang tak pedas sebab Ibu pun memang tak bagi makan pedas2 lagi. Ikan tak suka sangat.

2. Kurang makan nasi, kalo makan pun tak sampai 10 suap, the akan luah balik. Tak pun kalo ada akal lagi, masuk tangan dalam mulut dan kuarkan sendiri. Jelir jelir lidah pun selalu jugak. Cuma Aryan akan berselera makan bila ramai-ramai cthnya bila kat umah pengasuh, Acik akan suap dia dan kawan-kawan skali. Acik pun dah pesan kat Ibu tak payah bawak bekal untuk Aryan, Acik akan suap dengan lauk yang Acik masak sama seperti kawan-kawan yang lain. Kalo Ibu sempat, Ibu akan bangun awal dan masak lauk sebagai bekal untuk Aryan dan Abah jugak.

Akan menyibuk jugak nak duduk kat high-chair kalo nampak Ibu buat keje kat meja makan. Ingat nak makan la tu. Apa yang Ibu tengah buat, dia yang akan monitor lebih. Pastu tepuk-tepuk tangan. Pandaiiiiii.

4. Dah tak muat mandi dalam singki sebab Aryan dah tinggi. Sekarang mandi dalam bilik air Ibu kat tingkat bawah, Ibu akan bagi Aryan berdiri sambil berpaut pada kerusi atau baldi. Basuh berak pun dah mudah sebab dah pandai berdiri.

5. Pantang kalo nampak safety gate tertutup dan ada orang diseberangnya. Automatik akan buat suara mcm menangis @ berlakon macam menangis sedih, sambil goncang pintu gate tu. Pastu kalo tak dilayan, akan merangkak ke toto temapat tidur dia then sembam muka buat ala2 merajuk kat situ. Macam tu jugak la kalo Ibu/Abah je yg jaga Aryan. Kalo nak masuk toilet menyahut seruan alam pun susah. Kena pelan-pelan menyusup bila dia tengah leka main. Then akan dengar la jeritan/tangisan yang nyaring bila Aryan tersedar takde orang dekat dengan dia. Alahai, Boboiboy kena berani la sayang.

6. Suka main sepak bola. Sekarang bukan setakat bola yang di sepak, buku, itik quack quack, tumbler, pin pin (lori mainan), pinggan plastic, ape-ape saja… Harimau Muda in the making kot ni.

7. Pantang tengok remote control, mesti akan main punya. Siap pandai tekan then off decorder lagi.huhu.. Rasanya semua baby memang suka remote control kan?

8. Dah pandai lepas tangan/bersandar bila berdiri. Dah pandai bangun tanpa berpaut, tapi masih takut nak melangkah. Setapak, dua tapak.. then duduk semula. Gayat gamaknya. So, setiap hari akan pegang dua2 belah tangan Aryan sampai bagi dia berjalan dan sepak bola. Semangat!

9. Dah pandai faham perkataan Salam, Sayang, Bola, Susu, Air, Mandi, Pampers, Bunga, Meow, Burung cip-cip…Alhamdulillah.

10. Suka gelak-gelak sambil pejam-pejam mata. Suka menyakat. Main “peek-a-boo”. Tepuk tangan bila dengar lagu.

11. Suka buku. Baca buku, belek buku, gigit buku dan yg paling baru, sepak buku.. Aryan..Aryan.. tak baik tau sepak buku, buku tu kan sumber ilmu. Kita kena muliakan, tak boleh sepak-sepak.

12. Suka bercakap (bahasa baby) dan sembang sorang-sorang. Terhibur Ibu dan Abah tengok gelagat Aryan.

13. Susahhhhhhhhhhhhhhhhh sangat nak tidurkan Aryan pada waktu siang di hujung minggu. Akan bermain non-stop walaupun dah mengantuk sangat. Ibu baru discover satu cara untuk mudahkan Aryan tido. Bagi Aryan minum susu then baring sekali sebelah dia sambil Ibu pejam mata, pura-pura tido. Baru Aryan tido.

14. Abah akan handover tugas kalo kena tukar/pakaikan Aryan baju dan pampers sebab Aryan akan berpusing dan tak reti duduk diam. So, bila Ibu dah buat, Aryan memang akan bagi kerjasama penuh dari mula letak minyak, sapu vicks, pakai pampers, pakai seluar, pakai baju, sampai la sikat rambut. Sebab Ibu garang.hahaha!!! Bukan garang ye sayang, Ibu tegas.hihi.. Tapi Ibu sayangggggg Aryan sangat.

15. Aryan pandai berus gigi sendiri. Berkilo-kilo air liur Aryan keluar.hihi..

16. Dah tak banyak ragam bila duduk dalam car-seat. Janji kena bagi mainan contohnya bola kecik or telefon mainan untuk buat Aryan leka.


Hugs and Kisses,

Ibu XOXO