Rumah Kami

Rumah Kami

Wednesday, May 18, 2011

Muhammad Aryan Haziq-5 bulan

Salam bulan 5
Sempena dengan bulan ni Aryan dah berumur 5 bulan
Bulan 1, Aryan berusia sebulan
Bulan 2, Aryan berusia 2 bulan
Dan begitulah seterusnya
Senangkan nak kira?
Untung jugak lahir bulan 12 ni kan
Tak payah pening-pening kepala nak mengira.hiks..

Tanpa disangka, Aryan sambut birthday di kampung
Bersama Atok, Opah, Mama Liz, Tok Dah dan Wan Nyah
Macam mana tengah-tengah minggu boleh ada kat sana ni
Sebab Ibu sakit dan sebab tak de sapa nak jaga Aryan
Jadinya Ibu dan Abah sepakat nak balik ke kampung

Sebelum Ibu sakit
Aryan sakit dulu tau
8hb lepas Aryan muntah-muntah, cirit birit badan panas dan naik ruam
Gi klinik, Dr cakap ruam tu just ruam biasa je, mungkin sebab cuaca yang agak panas
Tapi disebabkan tekak Aryan macam bengkak sket dan berkahak
Dr cadangkan untuk amik "nebulizer"
Mula-mula Aryan steady je, tapi bila dah lama "meragam" la jugak
Jerit-jerit, tolak-tolak sebab tak selesa dan rimas
Balik rumah bila nak suapkan ubat demam dan ubat kahak, Aryan muntah lagi
Alih-alih abah decide nak masukkan ubat bontot je
Sebab masa tu suhu badan Aryan dah tinggi sangat
Abah yang masukkan sebab Ibu penakut nak buat
Dua tiga hari jugak la Aryan macam ni
Muntah, Cirit-birit, kencing kurang, badan lemah,
Merengek dan memerap je nak tido je sepanjang hari
Ibu dan Abah risau sangat sebab Aryan aktif budaknya
Bila Aryan pasif je, memang susah betul hati ibu abah

Hari selasa berikutnya
Ibu dan Abah bawak lagi Aryan ke klinik
Tapi kali ni ke klinik pakar kanak-kanak
Dr Siti cakap Aryan kena Viral infection
Sebab tu Aryan ada simptom2 tu semua
Bila kes mcm ni takde ubat yang spesifik
Cuma Dr Siti soh bagi banyak minum walaupun muntah
Jadi Dr bekalkan ORS and Probiotik untuk Aryan
Selalu lap badan untuk turunkan suhu
Dr Siti tanya dah berapa hari Aryan demam
Ibu cakap la 3 hari dah
Dr Siti tak percaya sebab katanya Aryan nampak kuat
Badan tak nampak susut, kaki masih kuat menendang
Masih boleh senyum-senyum dengan Dr Siti
Cumanya Dr Siti bagi 6 jam untuk pantau jumlah air kencing Aryan
Kalo masih tiada sebarang peningkatan, pampers masih kering,
Ibu dan Abah terpaksa Redha masukkan Aryan ke wad
Bukan sebab apa, Dr nak elakkan "dehydration" yang berlanjutkan
kalo tak nanti Aryan jadi lemah
Syukur alhamdulillah balik ke rumah petang tu
Aryan mahu minum ORS dan air zamzam dengan banyak
So selamat la Aryan dari masuk wad
Keesokkan harinya, Aryan dah sihat sket
Takde dah muntah-muntah, tinggal badan je lemah
Tapi Aryan dah start main-main
Malangnya ibu pulak yang berjangkit sakit Aryan
Paling teruk ibu sakit kepala sampai tak boleh buka mata dan tak boleh bangun
Ibu baring je sebab bila ibu bangun akan rasa memusing
Bila ibu tak boleh bangun, secara logiknya macam mana ibu nak jaga Aryan kan
Dah la Aryan tu tak boleh nak letak bawah sejak-sejak demam ni
Letak je menangis, bising je mulut suruh angkat
Bukan Aryan sengaja nak buat perangai macam tu
Tapi Aryan memang nak manja-manja dengan Ibu
Sebab kesian tengok keadaan Ibu, Aryan tido jugak akhirnya
Abah pulak ada mesyuarat yang wajib dihadiri walaupun sebenarnya Abah cuti haritu
Kesian Abah jugak sebab terpaksa terkejar ke sana ke mari
Itu la alkisahnya Aryan sambut birthday di kampung
Kalo kawan-kawan nak tau
Birthday Ibu pun jatuh pada bulan ni jugak
Pada tanggal 16 Mei
Aryan nak ucapakan selamat hari lahir Ibu
Semoga Ibu sentiasa sihat, ceria dan kekal muda sentiasa
Aryan sentiasa doakan Ibu peroleh kebahagian di dunia dan di akhirat
Aryan sayangkan Ibu till infiniti...
Love u..muahhh...muahh..

p/s: Selamat hari guru jugak kepada Atok, Opah dan Mama Liz yang kebetulan jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh lahir ibu.


Tuesday, May 3, 2011

Aryan dan Gigi

@~~~30 April 2011 ~~ 4 bulan ++ ~~ 12 hari menuju 5 bulan~~~@
Masa dalam perjalanan balik kampung sabtu lepas sempena cuti hari pekerja
Aryan 'membebel' dalam kereta
Mungkin dah lenguh dan rimas sebab tak mandi lagi
Ye la, kuar rumah sesudah subuh
Awal sangat la Ibu nak mandikan Aryan kan
Sebab tu la Aryan "melalak" dan nganga mulut luas-luas
Tetiba ibu terperasaan macam ada benda putih-putih dah kat gusi
Ibu rasa tak sedap hati dah
"Ulser ke? Jangan la, kesiannya dia"
Sebab tak puas hati, alih-alih ibu masukkan jari sentuh ke tempat yang nampak putih2 tu
Gigi?? Trus ibu jerit dengan high-pitch " Abah, Aryan dah ada gigi!!! Ya Allah, anak ibu dah ada gigi?" Ibu terus cium Aryan banyak kali
Aryan pulak tengok ibu dengan muka blur
Sebab tak puas hati Ibu dah tengok gigi Aryan
Abah terus singgah di RnR Sungai Perak sebab nak tangkap gambar gigi Aryan punya pasal
Serius memang Ibu dan Abah tak sedar bila Aryan ada gigi
Seingat Ibu, Aryan tak demam, tak menangis, tak merengek, tak memerap
Sebab tu Ibu tak perasan langsung gigi Aryan dah tumbuh
Cumanya Aryan memang lately suka gigit jari, kalo boleh masukkan 5 jari sekali dalam mulut
Gigit tudung Ibu, hisap baju, tepi toto, gigit puting
Ingat itu rutin biasa bagi seorang bayi seumur Aryan
Tapi bila flash back balik 2 minggu lepas Aryan memang ada selsema
Mungkinkah itu tanda2 budak nak tumbuh gigi? Hrmm..
Alhamdulillah Ibu dan Abah bersyukur sangat
Dapat anak sebaik Aryan
Tak banyak ragam, gembira sentiasa
Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Hero kami ni
Walaupun Ibu tak sempat nak bagi potongan epal
Untuk Aryan hisap sebab Aryan belum umur 6 bulan
Tapi takpe, Ibu akan tunggu sebulan lagi
Nak masakkan bubur resepi penuh kasih sayang untuk makanan pertama Aryan.
Membesar dengan sihat ye sayang
We both love you.