Rumah Kami

Rumah Kami

Wednesday, April 13, 2011

Muhammad Aryan Haziq-4 bulan

Salam

Hai semua. Aryan dah berumur 4 bulan semalam (12/4/2011 bersamaan 8 Jamadilawal 1432H). Sebelah pagi ibu dan abah bawak Aryan gi check-up bulanan di KK B****. Lama tau Aryan tunggu nama Aryan dipanggil sebab Aryan bangun awal dan sampai KK B*****dalam pukul 10 pagi. Abah sampai buat muka kelat siap gi tanya Auntie nursekenapa nama Aryan tak dipanggil lagi walaupun jam dah pukul 1230 tengahari. Siap Aryan dah main, minum susu, tido dan bangun main semula nama masih tak dipanggil untuk timbang berat dan ukur panjang. Aryan dah excited nak tau ni, berhasil ke tak diet Aryan selama sebulan ni. hehehe...Ibu dah mula suruh abah gi 'serang' Auntie nurse sebab nombor yang selepas Aryan pun dah naik, tapi nombor Aryan tak nampak bayang. Tau apa Auntie nurse cakap, " Eh, takde pun buku anak encik. Encik letak kat mana?" Eh..eh..auntie nurse ni, Aryan pun boleh nampak Ibu letak buku tu dalam bakut depan mesin ambil nombor giliran tadi. Alih-alih Auntie nurse jumpa buku Aryan di rak simpanan rekod buku salinan untuk klinik. Pelik kan kawan-kawan. Macam mana la buku rekod Aryan tu boleh sampai ke sana?? Hrmmm... Ibu dan abah pun dah lapar, jadi Aryan dengar Ibu ajak abah pegi makan...Yeah!!! seronoknya. Aryan dah lama diet, jadi bila ibu sebut pasal makanan, Aryan mesti sengih sampai telinga! Double seronok sebab bulan ni Aryan tak payah kena cucuk. Hoooyei!!!

Nak tau Aryan makan di mana? Di L'apprenti@Putra Restoran UPM. Tengok kawan-kawan, Ibu dan Abah dah bawak Aryan masuk U, Aryan pun tak sabar nak belajar pandai-pandai. Boleh masuk U macam Abah dan Ibu. Kawan-kawan nak ikut? Ni la gambar Aryan sepanjang sesi makan tengahari tu.


Malangnya Aryan hanya mampu tengok je. Ibu kata Aryan tak boleh makan lagi sebab gigi belum ada. So, Aryan ikut macam cite P.Ramlee "Masam-masam Manis" - Ambil bau je! Kesian kan... sob...sob... Pastu Ibu baringkan Aryan dalam stroller supaya Ibu dan Abah boleh makan dengan senang sebab Ibu tak suka nak pangkukan Aryan masa Ibu makan. Ibu kata tangan Aryan ni cekap sangat, cepat je capai then ketuk-ketuk.huhu.. Tapi bila Aryan dah bosan baring dalam stroller sambil main dengan Bobo, Aryan pun mula la 'menyanyi'. Ibu kesian, Ibu colekkan sikit kentang lenyek bagi kat Aryan. Wah!!! sedapnya!!. Aryan pun sengih sampai telinga lagi.

Pukul 3, Abah dan Ibu bawak Aryan gi klinik lagi. Klinik swasta di Bandar Baru Bangi yang di khususkan untuk kanak-kanak. Tapi klinik ni cantik tau. Banyak lampu dan mainan. Tapi Aryan tak boleh main pun sebab Ibu kata duduk pun belum pandai, macam mana nak main mainan kanak-kanak. hehe.. Ibu baringkan Aryan atas kerusi dan Aryan suka tengok lukisan yang berwarna-warni di dinding tu. Sambil tengok, Aryan pun 'bersembang' dengan kartun tu semua.

Dalam pukul 4 nama Aryan dipanggil untuk giliran berjumpa doktor. Doktor tanya Aryan sakit apa, tapi Ibu cakap Aryan bukan sakit. Sebenarnya Ibu dan Abah bawak Aryan pegi klinik tu untuk dapatkan Vaksinasi Pneumacoccol. Wah!!! 1st time Aryan dengar perkataan pelik macam tu. Doktor terangkan Vaksinasi ni ada 4 peringkat. Jadi peringkat pertama akan diberi pada umur Aryan sekarang (4 bulan). Kos untuk satu vaksinasi adalah RM 200 tidak termasuk kos konsultasi. Ala, ingatkan dah boleh lari dari kena cucuk bulan ni, rupanya tidak. Dr cakap cucuk ni mungkin akan sakit sikit sebab 'solution' yang digunakan pekat dan jarum pun besar sedikit. Bila Ibu baringkan Aryan atas katil yang cantik tu, Aryan sangat teruja sebab banyak lampu-lampu cantik bentuk bunga macam yang di jual di IKEA tu dan ada banyak kartun-kartun di dinding. Masa Dr check perut dan cucuk tu pun Aryan steady je tak takut atau menangis langsung. Nak tau bila Aryan mula menangis? Masa Dr dah letakkan kapas yang ada alkohol dan lekatkan di peha Aryan tu. Masa tu la baru rasa sejuk-sejuk-pedih. Tapi bila Ibu dah dukung dan pujuk-pujuk, Aryan tak nangis dah. Malu la kan Hero menangis!

Perkembangan Aryan bulan ini:

Berat: 7.5 kg
Panjang: 68 cm
Dah pandai mengiring, meniarap tapi kadang2 malas.
Suka menangis jerit kuat2 sampai terbatuk2
Suka tengok tv
Suka sengih dan gelak besar
Suka bila didukung dan kuar rumah
Suka bangun pukul 230 pagi
Cuba kemahiran minum melalui cawan

Doakan Aryan sentiasa sihat dan dijauhkan dari penyakit yang merbahaya ye. Semoga Aryan menjadi anak yang soleh dan pandai menjaga maruah.

2 comments:

  1. ala2..sangat comel..sume comel..first skali yg comel mestila aryan..tambah dgn blog comel, tulisan ibu yg comel dan cerita yg comel, bertambah2 comel semuanya..bagus2..nanti jiran aryan, aiman ni (sebenanye mama die huhu) akan melawat selalu tau..

    ibu aryan, jomla letak nuffnang skali, dah alang2 menyeluk pekasam, tak payah buat pape pun, skali ade visitor masuk dapatla skali :)

    ReplyDelete
  2. Aryan to Aiman:
    Terima kasih Aiman..jengok-jengok la selalu ye. (tu pun kalo ibu rajin post cerita saya). nanti bila saya dah pandai jalan mcm Aiman, kita gi main bola kat padang sesama ye.mesti best!

    Ibu Aryan to Mama Aiman
    Nuffnang? Apa tu? Mcm mana nak letak? Maaf la. Seperti dalam pantun melayu " Buah cempedak di luar pagar, amik galah tolong jolokkan. Saya budak baru belajar, Kalo sudi tolong ajarkan"..hehe

    ReplyDelete