Rumah Kami

Rumah Kami

Wednesday, June 29, 2011

Sama Tak Serupa

Sama kan? kan? kan?
Dahi, mulut, telinga, kening..
Hrmm.. apa lagi ek?
Cuma mata tu je mata Ibu.
Sebab tu cantik..hihi
(nak jugak Ibu tu puji diri sendiri)

Tuesday, June 28, 2011

Cuti-cuti bersama Abah

Hari cuti bersama Abah
Seronok tau!!!
Ye la, bukan senang Abah tu nak cuti
Plus bukan senang nak dok kat umah bila bercuti
Jadi Aryan amik kesempatan sempena Abah cuti semalam
Dengan cara Aryan kacau Abah tido
Aryan kaco muka Abah
Korek telinga Abah
Panjat badan Abah
Tepuk-tepuk kaki Abah
Tapi Abah tak mau bangun jugak
Akhirnya sebab geram punya pasal
Macam-macam cara dah guna nak suruh Abah bangun
Aryan cekau muka abah pakai kuku Aryan
Abah pun jerit la apa lagi
Kuku Aryan tu kan tajam lain macam je
Padahal kuku Aryan tu pendek je pun
Tu la Abah
Sapa suruh taknak dengar Aryan panggil
Bising dah mulut Aryan ni pot-pet cakap dengan Abah
Ha..buat pengetahuan semua
Aryan memang dah banyak bunyi tau sekarang
Main sorang-sorang, cakap sorang-sorang
Tu belum lagi bila Aryan perasan kena tinggal sorang-sorang
Aryan boleh jerit panggil Ibu
Pastu Ibu pun marah-marah manja kat Aryan
Tapi Aryan sengih je la
Aryan tak kisah je pun kalo nak main sorang-sorang
Tapi jangan sampai Ibu hilang dari pandangan
memang 'nyaring' la suara Aryan nanti
Pandai terlebih la kan Aryan ni
Haisshhh..

Monday, June 20, 2011

Faces of Aryan


Hobi Baru - Mimik muka dan hidung


Yeaahh..Mandi kolam


Hobi baru lagi - Main langsir



Hobi lagi - Depa tangan dan tunjuk perasaan


Dan paling BEST - sembur air liur

Wednesday, June 15, 2011

Aryan's New Skill


Aryan dah pandai duduk sendiri??
Terkejutnya Ibu!
Aryan ni memang suka sangat bagi kejutan
Masa dalam perut dulu seumur 8 bulan Aryan tak banyak gerak
Sampai Ibu kena sambut raya haji di hospital
Pastu dah lahir umur 3 bulan Aryan dah pandai meniarap
Ibu terkejut sebab Aryan tunjuk skill depan Tok dan Opah
Pastu dalam perjalan ke umah Makngah bulan 4 yang lepas
Ibu terkejut sebab Aryan dah tumbuh gigi pulak
Semalam Aryan tunjuk skill baru lagi
Walaupun tak tegak sangat lagi postur badan
Tapi tak kisah la
Janji namanya duduk oooookkkkk
Sapa kata budak badan besar malas gerak dan susah nak bergerak?
Aryan berjaya buktikan kemampuan budak yang dilabel sebagai "Rangka Besar"
Tahniah untuk Aryan

p/s: Ibu dan Abah sayanggggggggggggggggg Aryan sesangat. Membesar dengan sihat dan cergas ye sayang.

Tuesday, June 14, 2011

Handsome & Active Boy

Percapaian Aryan sepanjang 5 bulan yang lepas:

1. Dah pandai guling-guling and terlentang balik sambil hisap jari.
2. Mencari benda tersembunyi cthnya hujung tikar dibawah toto. Bila dah jumpa cuba concentrate dengan struktur tikar tu sambil berusaha koyakkan.
3. Suka pegang tangan ibu bila menyusu, pastu tarik kuarkan botol then tolak semula tangan ibu untuk masukkan botol dalam mulut semula.
4. Suka kemam mulut pastu buat bunyi.
5. Suka meniarap pastu tungging-tungging bontot.
6.Suka tarik baju yang ibu dah selitkan di getah seluar sampai nampak pusat dan perut bulat.
7. Pandai bengkokkan kaki sampai ke dada, pastu nak tarik stokin. Bila tak berjaya dengan stokin2 masuk mulut! Errkk!
8. Dah pandai tegakkan tangan dan lutut (dalam posisi mcm nak merangkak) tapi pastu melonjak ke depan. Merangkak dengan lutut pun belum, tapi dah ada cubaan letak punggung macam nak duduk. Macam mana tu?
9. Suka ketuk2 "base" kipas lantai pastu sengih2.
10. Suka bila abah or ibu bawak tengok imej di cermin, gelak2 pastu cepat2 toleh sambil pegang2 muka ibu. (pelik kot nape ibu ada dua!).hihi..

Monday, June 13, 2011

Muhammad Aryan Haziq-6 bulan

Hai..Hai..Hai..

Salam semua
Alhamdulillah Aryan dah genap 6 bulan pada 12 Jun lepas
Apa maknanya?
Maknanya Aryan dan boleh makan makanan pejal
Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaa!!! Yippie!
Ibu dah mula awal sehari, 11 Jun
Kebetulan hari sabtu, hari cuti
Mudah untuk ibu sediakan makanan dan suap Aryan
Mudah juga untuk pantau reaksi Aryan pada hari pertama
Alhamdulillah, Ibu masak sangat sedap
Walaupun hanya bubur nasi "O" atau nama yang lebih komersil "puri nasi"
Tapi penuh dengan perasa kasih dan sayang
Aryan kenyang!
Excited tau bila first time sudu "heat sensitif" tu masuk mulut
Rasa macam dah jadi budak besar sangat
Tambah pulak dengan 2 batang gigi yang sedia ada ni
Owh..tak lupa juga
Terima kasih Abah sebab belikan blender yang canggih tu
Jadinya dapat la Aryan makan dengan selesa tanpa perlu kunyah banyak kali
Aryan cuma perlu nganga, pastu telan je
Banyak sudu jugak yang masuk dalam mulut Aryan
Tak lama pastu Aryan buang air besar pulak
Dah macam anak burung
Makan, Buang, Makan, Buang.. hihi (Ini ayat Ibu)
Maknanya usus Aryan tengah adjust-adjust la tu
Tak lama lagi ok la
Itu la pengalaman makan Aryan di hari pertama
Petangnya Ibu dan Abah celebrate makan sefood kat Bagan Lalang
6 bulan jugak Abah dan Ibu 'puasa' makan seafood
Seronok sebab Aryan makan bubur sambil dengar bunyi ombak dan tengok pokok-pokok!!
Lagi seronok sebab Ibu dan Abah ada melayan Aryan.
Kalo boleh, hari-hari mau. hehe..


p/s: Ibu dan Abah doakan Aryan sentiasa membesar dengan bijak, sihat dan cergas