Rumah Kami

Rumah Kami

Wednesday, December 28, 2011

Muhammad Aryan haziq is 1 (12 bulan)

Salam semua

Syukur alhamdulillah,
Aryan dah cukup umur 12 bulan a.k.a 1 tahun
Maksudnya Aryan bukan baby lagi
Now Aryan is toddler.
Cumanya Aryan sambut awal sehari dari tarikh sebenar
Kebetulan ramai yang datang rumah hujung minggu tu
Alang-alang buat makan-makan sekali harung je
Ada Acik Mimi, Acu Ainin dan Paksu Ekai yang baru balik dari kem
Kemudian Tokwan datang bersama Makngah, Pakngah dan Damia,
Family Toksu pun datang jugak selepas gi kenduri di Sungkai
Family Mummy Yuni, Daddy Mie, Alia dan Aufa pun first time sampai umah Aryan
Kawan-kawan Abah dan Ibu pun ramai yang datang
Seronok sangat sebab ramai yang datang dan main-main dengan Aryan.

Menu majlis makan-makan tu adalah:
1. Nasi lemak lauk paru- Abah order je dari Presint 9 Putrajaya. Semua tetamu cakap sedap nasinya. Disebabkan tetamu tak ramai seperti yang dijangka, maka ada rezeki Ibu bungkuskan nasi lemak tu kepada setiap yang hadir.
2. Donut, popia sayur dan popia serunding- Ibu buat sendiri
3. Salad epal: Ibu potong dadu, letak sikit mayonise dan letak dalam paper cup
4. Ayam goreng- 4 ekor ayam sebagai tambahan lauk
5. Oren
6. Kek-nak tengok kek Aryan? jeng..jeng..jeng

Kek pertama-Football field with Goal keeper



Sebenarnya idea asal Ibu adalah nak kek dalam bentul 4 segi tepat, ala-ala bentuk padang bola. Kemudian ada figurine penjaga gol yang di bajunya ada tulis nama "Aryan". Tapi Ibu order pun dah last minit, maka ada timbul masalah sket, maka ini le kek yang terhasil. Auntie tu gantikan dengan foundant jersey yang ada tulis nama Aryan di sisi tepi kek tu.

Kek ni perasa rainbow-pelbagai rasa (design dan perasa yang sedang sekarang ni) di Usratun Bakeri, Bangi Perdana, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Mujur la Auntie tu sudi terima pesanan walaupun dah last minit sangat. Kalo tak, menagis tak berlagu la Ibu dibuatnya. huhu



Kek kedua- Red velvet with edible image

LinkNi merupakan kek kedua yang Ibu order di Midnite Baker. Kek ni Ibu tempah sempena sambutan birthday beramai-ramai di kampung. Ni merupakan kali kedua Ibu order dan Ibu puas hati dengan hasilnya. Mula-mula dulu Ibu order masa majlis Akikah Aryan dan hari ulangtahun perkahwinan Ibu dan Abah yang ke dua.

Macam mana? terliur tak dengan kek-kek kat atas? Nak tau lagi kisah Aryan bila berginjak ke umur setahun? Nanti Aryan suruh Ibu sambung lagi ye...

Hugs and Kisses,
Ibu

p/s: Happy birthday sayang. Ibu dan Abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Aryan di dunia dan akhirat. Sepanjang Aryan setahun ni, sennag sangat jaga Aryan. Bukan yang jenis buat perangai, sentiasa dengar kata dan yang paling penting mudah sangat tersenyum. Semoga Allah terus permudahkan kami untuk menjaga dan mendidik Aryan. Muah..muah..

No comments:

Post a Comment