Rumah Kami

Rumah Kami

Wednesday, December 28, 2011

Aryan dah dapat kaki

Nampak tak bibir atas Aryan tu bengkak dan luka?
Terkejut Ibu masa amik Aryan petang tu dari umah Acik
Kebetulan petang tu Ibu dan Abah balik agak lewat
Selalunya Abah yang amik Aryan
Bila Acik buka je pintu, Aryan seperti biasa akan senyum-senyum
Ibu tak perasan lagi keadaan bibir tu
Tapi bila dah dekat dan Acik sendiri cakap
Aryan baru je terjatuh sebab semangat sangat berlatih berjalan
Excited baru dapat kaki orang kata!
Tapi masa ni baru berani sikit-sikit je
Dalam 4-5 langkah, pastu mesti Aryan jatuh
Tu perkara biasa berlaku kat umah
Cumanya kali ni lain sket
Aryan jatuh tersembam
Maka memang harus la bibir yang akan kena kan
Pecah, berdarah dan bengkak
Kat baju pun ada darah
Tapi Acik cakap Aryan kuat
Nangis sikit je
Acik pujuk-pujuk
Aryan diam la
Mungkin sebab terkejut kot
(Sakit kot bila bibir pecah kan?)
Tapi takpe
Ibu tau Aryan jenis kuat semangat
Jatuh sekali bukan bermakna kita akan jatuh selamanya
Apa yang penting jangan putus asa ye sayang
Teruskan berusaha
InsyaAllah akan nampak hasilnya
Tak kisah la lambat ke cepat
Lagipun Aryan tu kan maksudnya "kekuatanku"
Sebab tu la Ibu berkenan sangat nama tu dulu

Jadi sekarang
Segala usaha Aryan
Jatuh bangun Aryan selama ni berbaloi
Cuba tengok gambar kat bawah ni
:
:
:
:
:
:

Aryan dah dapat kaki!!!
Comel kan bila Aryan dah pakai kasut dan tapak kaki comel Aryan tu melangkah?
Sekarang dah banyak tapak Aryan boleh melangkah
Bukan setakat 4-5 langkah macam dulu
Walaupun Aryan akan angkat tangan separuh macam tu
Ibu tahu itu caranya Aryan cuba imbangkan badan
Aryan dah dapat kemahiran tu selepas kegagalan yang lalu
Dah boleh melangkah dengan kuat dan ceria
Dah ada keyakinan diri
Ibu dan Abah bangga sangat dengan Aryan tau
Teruskan buat kami bangga ye sayang
Kami akan sentiasa doakan Aryan
Jadi ini lah posing Aryan masa kita keluar ke Jusco Perda hujung minggu lepas


Amacam? Ada potensi tak Aryan nak jadi model?
Aryan tak takut naik tempat tinggi tau.

Hugs and Kisses,
IBU

No comments:

Post a Comment