Rumah Kami

Rumah Kami

Monday, September 12, 2011

Muhammad Aryan haziq-8 bulan (belated)

First of all HAPPY 9 MONTH SAYANG. Maaf sangat Ibu tak sempat nak update tentang perkembangan 8 bulan Aryan awal-awal. Sebulan berpuasa kelam-kabut dengan macam-macam benda. Aryan demam panas, pastu giliran Ibu then pass semula ke Aryan.huhu.. Mujur abah sihat, boleh jaga kita berdua. Sian Abah, kelam kabut jugak dibuatnya. We love Abah soooo much.. Pastu bz habiskan silibus dan kelas ganti akibat demam aritu sebelum student Ibu amik final exam. So arini, Ibu bayar hutang curi-curi update blog sambil tanda jawapan student.


~~~Perkembangan 1~~~


Hari terakhir Aryan sebelum berginjak ke 9 bulan, Aryan kena nebulize.
Kisahnya Khamis 8 sep Aryan start selesema
Amik Aryan dari umah pengasuh petang tu, Acik cakap Aryan dah batuk
Sabtu malam Ahad Aryan start tak boleh tido
Meragam, merengek dan susah nafas
Dada berombak
Ahad pagi Ibu dan Abah bawak gi klinik
Dr kata Aryan kena mild asma
Erk.. first time kami tau Aryan ada asma
Genetically inherited from Abah
Sangat anak abah
Dr tanya pasal pemakanan Aryan
So Ibu cakap Aryan tak start makan telur or kekacang lagi
So far Ayam, daging, bayam, carrot, ikan bilis semua serasi dengan Aryan
Mungkin disebabkan cuaca sekarang yang "kurang sihat"
Jerebu je memanjang
Aryan terkena tempiasnya
Cian anak Ibu meraung-raung masa nebulized
Mujur akhirnya Ibu teringat nak tunjukkan video "Incy Wincy Spider"
Aryan memberikan kerjasama yang baik pastu sambil tgk video
Alhamdulillah


~~~Perkembangan 2~~~

Dah pandai tengok2 mimik muka di cermin, pusing muka kiri, kanan, atas bawah, berdiri tegak-tegak then...

Senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm


~~~Perkembangan 3~~~


Dah tak mandi dalam sinki lagi, sebab Aryan akan berdiri tegak bila kena air then berpaut pada Ibu.huhu.. habis basah baju Ibu dibuatnya, pastu kena lap lantai sebab banyak air terpercik. Jadinya kembali semula ke zaman mandi dalam besen. Senang jugak mandi dalam besen sebab Aryan dah pandai duduk tegak tapi dengan syarat mesti air suam. Kalo tak, Aryan akan cepat-cepat cuba merangkak keluar. Owh..tambah satu lagi, umpan barang mainan. Seronok bukan main dia tepuk-tepuk2 air, sengih-sengih sambil gigit peguin dan mulut pun bising ntah cakap apa.


~~~Perkembangan 4~~~

Dah ada 8 batang gigi
4 batang sebelah atas
4 batang sebelah bawah


~~~Perkembangan 5~~~

Suke buat aksi dan tak reti duduk diam
Suke jerit dengan nyaringnya!!!!!
Gelak-gelak waiter kat Kenny Rogers tu
Bila pesanan sampai, Aryan tepuk-tepuk meja sebab happy tengok makan
Then jerit lagi minta di suap
Ibu bagi mashed potato
Tapi Aryan buat muka pelik dan buat gaya-gaya nak muntah
Ingatkan mashed potato KFC aritu dan mashed potato yang Ibu buat aritu tak sedap
Rupanya Aryan memang tak suka makanan lembik-lembik dan hancur lumat macam tu
Akhirnya Aryan makan buah tembikai je



~~~Perkembangan 6~~~

Belajar panjat anak tangga mainan kat MFC.. Mula-mula cuba, takut-takut juga, tapi akhirnya dapat 4 anak tangga dipanjat Aryan hari tu.. sengih memanjang...


~~~Perkembangan 7~~~

Berdiri tegak dan cuba panjat pagar memisahkan dapur dan ruang depan. Selalunya akan buat aksi macam ni sambil goncang-goncang pagar bila Ibu memasak di dapur. Penah jugak buat cubaan masukkan kaki celah pagar tu, pastu menjerit marah sebab kaki je boleh lepas.. heheh.. Aryan..Aryan..

Kalo Aryan Haziq cerdik pandai, Ibu lagi bijak tau..hihi

Hugs and Kisses,
Ibu

No comments:

Post a Comment